الاثنين، 6 يونيو 2011

isnin 6/6/2011

 Betapa pentingnya kita bersyukur kepada allah


Assalamualaikum…..
Saya mulakan coretan ini dengan lafaz bismillahirahmanirrahim,apa khabar saudaraku/ri seislam ku..kullu tamam??insyaallah biiznillah,segala puji bagi allah taala yang menjadikan ia akan jin dan manusia supaya mengerjakan mereka itu yakni jin dan manusia akan ibadat lagi yang sangat mengetahui iaitu allah akan yang tersembunyi didalam hati dan segala mata yang khianat dan allah juga akan bertanya kepada segala anggota kita diakhirat  kelak,adakah kita sudah bersedia dengan pertanyaan yang akan dilontarkan allah terhadap  kita diakhirat kelak?sama-samalah kita renungkan.Disamping itu juga,selawat dan salam keatas rasul junjungan kita yang dibangkitkan kepada sekalian alam kerana rahmatnya, para sahabat dan keluarga beliau.
Bagaimana ibadat kita terhadap allah pada ketika ini?insyaallah ditahap yang paling sempurnakan?bab kata orang arab mesir(miyyah min miyyah).syukurlah kita pada allah subhanahu wataala kerana memberi kita nikmat iman dan islam,disamping itu juga perlu juga kita bersyukur kepada allah kerana kita dapat menghirup udara yang tidak terhingga nikmatnya dan ketahuilah oleh segala pembaca bahawasanya nikmat udara ini semua manusia dapat menghirupnya walaupun dimana kita berada selagi mana kita hidup diatas diatas permukaan bumi ini.
فرمان الله تعالى:وقليل من عبادى الشكور

Maksudnya:dan sedikit daripada hambaku yang bersyukur.
Adakah kita tergolong sama di dalam ayat yang terkandung diatas?sama-samalah kita renungkan wahai pembaca sekalian.syukur kepada allah tidak berbelah bahagi,sebagai contohnya,allah kurniakan kita mata,kaki,tangan,akal fikiran  dan sebagainya,apa yang kita buat untuk menunjukkan bahawasanya kita syukur kepadanya,sebagai contohnya kurnian mata terhadap kita,bagaimana kita gunakan mata untuk mensyukuri nikmat allah?lihatlah kita akan al-Quran dan kitab hadis kitab ilmu yang memberi manfaat dan jangan kita melihat akan perkara yang haram seperti melihat oleh kamu akan perempuan ajnabiyyah.Tambahan lagi,dengan kurnian akal fikiranlah kita perlu memastikan semua anggota yang dikurniakan oleh allah kepada kita supaya kita bersyukur.Betapa hebatnya kita manusia berbanding binatang,allah tidak kurniakan kepada binatang akal fikiran.
Antara tanda-tanda kita syukur kepada allah ialah kita beramal dengan ilmu yang dikurniakan oleh allah kepada kita.ketahuilah oleh kita bahawasanya orang  yang mempunyai  ilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya ,dialah diazab dahulu daripada mereka yang menyembah berhala.wahai sahabat@sahabiah ku yang belajar agama,bersyukurlah kita sebagai insan yang dipilih oleh allah untuk belajar ilmu agama,jikalau kita tidak bersyukur kepada allah kerana dapat mempelajari ilmu agama nescaya allah akan cabut nikmat tersebut pada diri kita.
فرمان الله تعالى:لئن شكرتم لأزيدنكم.

Maksudnya:demi allah jika kamu syukur akan nikmatku,nescaya aku akan tambah.
Wajiblah keatas kita mensyukuri nikmat allah,diantaranya:

1.supaya allah menambah akan nikmat yang allah telah beri kepada kita.
2:untuk mengekali nikmat yang telah allah bagi kepada kita.
Akhir kalam,sama-samalah kita mensyukuri nikmat yang allah telah kurniakan& yang bakal allah berikan kepada kita kerana syukur itu pahala yang sangat besar.


Hasil tulisan:hafiz ibnu fandy
طالب جامعة الأزهر سنة الأولى
نحح في الدنيا والآخرة





الأحد، 5 يونيو 2011

cinta sejati....................................


SENI CINTA SEJATI
    
 بسم الله الرحمن الرحيم

Ramai orang percaya bahawa cinta tiada diikat oleh seni.  Malah ada pujangga yang berkata bahawa cinta lebih tinggi dari segala peraturan.Pada hakikatnya cinta ada seninya untuk membezakannya dari yang lain. Jika tinggi seni cinta itu,dan dipraktikkan seni itu, maka tinggilah nilai cinta itu. Sesungguhnya nilai estetika cinta tidak boleh dipisahkan dari nilai etikanya.Jika dipisahkan, maka cinta itu akan jadi tempang dan buta.
Berikut adalah Seni Cinta Sejati untuk anda praktikkan :-

Seni Berfikir
* Cinta Sejati itu tidak buta. Cinta itu dikurniakan kepada makhluk yang berakal. Kerana cinta memerlukan akal bagi menilainya dari sudut mutu etikanya.
* Cinta itu bukanlah segala-galanya.Walaupun ia penting dalam hidup,iman yang  lebih penting dari cinta. Dengan adanya iman,barulah anda boleh mencintai dengan  Cinta Sejati.Cinta juga perlu kpd akal kerana cinta tergolong kepada hal nafsu.
* Cinta perlu kepada pedoman atau peraturan.Tanpa pedoman,cinta akan buta dan  meraba-raba. Cinta Sejati tidak pernah menolak pedoman dan tidak lupa pada pedoman  hidup,iaitu ISLAM.
* Cinta itu amanah. Ia bukan hak anda. Sebagaimana halnya dengan diri anda,cinta juga adalah amanah.Tidak wajar untuk anda jadikan amanah untuk memusnahkan atau memungkiri amanah yang lain.
* Cinta Sejati itu sifatnya total.Ertinya walaupun anda cinta kepada kekasih anda,ia hanya  sebahagian dari cinta yang menyeluruh. Cinta Sejati itu adalah cinta kepada Pencipta anda, cinta pada diri anda,cinta kepada ibubapa anda,cinta kepada masyarakat anda,cinta  kepada agama anda,dan dalam masa yang sama cinta kepada kekasih anda. Kerana  sifatnya total dan menyeluruh,maka Cinta Sejati akan menjadi adil.Ia meletakkan cinta  pada yang berhak untuk dicintai dan setakat mana patut dicintai.Ia tidak melebihkan cinta  kepada kekasih saja hinggakan lupa pada cinta yang lain.
* Cinta Sejati tidak perlu disebut.Ia khas untuk anda.Ia bukan hak orang lain.Jika anda  beri Cinta Sejati,ia tidak semestinya dibalas oleh orang yang anda beri.Tapi anda tidak  akan kecewa bila cinta tidak berbalas kerana anda tahu anda bercinta di bawah naungan Pencipta,yang tentu membalas kebaikan terhadap cinta anda yang putih bersih.
Seni Merasa
* Cinta yang anda nikmati sedikit demi sedikit berkat kesabaran itulah yang lebih membahagiakan anda.Anda tidak perlu gelojoh dalam cinta.Ini kerana jika anda gelojoh,anda mungkin seronok sebentar saja tapi merana sepanjang hayat.
* Merasa Cinta Sejati terhadap kekasih ialah mentakrif nikmat peringkat kedua,yang sederhana sifatnya,tidak melampau-lampau.Anda tidak terlalu terbawa-bawa oleh perasaan bila cinta anda sejati.Anda masih boleh membuat pertimbangan yang wajar.
* Jika kecewa bercinta,jangan hingga berputus asa,kerana rahmat Pencipta masih dikurniakan untuk anda. Cubalah rasai betapa beruntungnya anda mengecapi nikmatNya yang lain,dan bersyukurlah kepadaNya.
Seni Bertindak
* Jangan mendahului ketentuan.Anda perlu banyak bersabar dalam bercinta.Bila sampai masanya anda akan dihalalkan untuk membuktikan cinta,barulah anda membuktikannya itulah  Cinta Sejati.
* Jikalau anda bercinta sebelum berkahwin,layanilah sekadar saja.Yang penting ialah  menikahi kekasih anda,itulah ertinya menerima cintanya,kerana nikah adalah ikatan  cinta.
* Andai kata anda bercinta sebelum berkahwin dan kekasih anda mahu merosakkan  kehormatan anda,jauhilah dia dan jangan rasa kesal akibat kehilangannya.Mudah- mudahan anda akan mendapat kekasih yang jauh lebih memahami Cinta Sejati dan tulus dalam cintanya terhadap anda.
* Manifestasikan cinta anda hanyalah setelah bernikah.Berdoalah agar cinta itu diberkatiNya dan sentiasa mendapat rahmatNya. Pohonlah kepadaNya agar dikurniakan kepada anda nikmat Cinta Sejati yang tiada taranya.
    Cinta Sejati atau Cinta Suci itu tidak buta. Cinta ini celik dan kecelikan cinta itu dapat mencelikkan pula yang lain.Cinta Sejati tidak buta dan tidak wajar dikatakan buta.  Cinta yang buta ialah cinta yang bernoda.
    Cinta yang buta itu segalanya buta.Buta tentang cara dan peraturan cinta,buta tentang tanggungjawap cinta,buta tentang hikmah cinta, malah buta tentang hakikat diri. Cinta yang buta itu cacat,kerana ia buta.
    Sayangnya ramai yang suka kepada cinta buta,membiarkan dirinya hanyut dibawa arus geloranya,tersadai di celah akar pohon kecewa,lalu berkata,'Cinta Itu Buta'.
    Cinta Sejati bukan seperti cinta Laila dan Majnun atau Romeo dan Juliet.Cinta Suci adalah seperti cinta Rasulullah dan Khadijah,atau Saidina Ali dan Fatimah.
مصنف:حافظ

Enam syarat untuk mengusai ilmu & tokoh islam-khalifah umar bin abdul aziz

Enam syarat untuk menguasai ilmu

Dari sebuah syair tulisan Imam As-Syafie
Wahai pelajar zaman sekarang
Menuntut ilmu bukanlah senang
Enam syarat mesti dipegang
Kalau nak jadi pelajar cemerlang

Akal yang sihat paling utama
Tamak haloba mesti bersama
Tabah dan sabar, wang pun ada
Petunjuk guru, masa yang lama.
- Tokoh Islam - Khalifah Umar bin Abdul Aziz -



Kedudukan beliau:

Salah seorang Tabiin yang terhormat. Beliau digelarkan dengan gelaran Khulafa' Ar-Rasyidin yang kelima kerana beliau memerintah sama sebagaimana pemerintahan Khulafa' Ar-Rasyidin.

Beliau memegang teraju pemerintahan selepas Sulaiman bin Abdul Malik. Muhammad bin Ali bin Al-Husin rahimahullah berkata tentang beliau: "Kamu telah sedia maklum bahawa setiap kaum mempunyai seorang tokoh yang menonjol dan tokoh yang menonjol dari kalangan Bani Umaiyyah ialah Umar bin Abdul Aziz, beliau akan dibangkitkan di hari kiamat kelak seolah-olah beliau satu umat yang berasingan."


Kehidupan beliau menuntut ilmu:

Umar bin Abdul Aziz menuntut ilmu sejak beliau masih kecil, beliau sentiasa berada di dalam majlis ilmu bersama-sama dengan orang-orang yang pakar di dalam bidang fekah dan juga ulama-ulama. Di dalam usia beliau, beliau pernah memegang teraju pemerintahan di Madinah beberapa ketika.

Pelantikan beliau sebagai Khalifah:

Beliau dilantik menjadi Khalifah selepas kematian Sulaiman bin Abdul Malik tetapi beliau tidak suka kepada pelantikan tersebut. Lalu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai untuk mendirikan sembahyang. Selepas itu orang ramai mula berpusu-pusu pergi ke masjid. Apabila mereka semua telah berkumpul, beliau bangun menyampaikan ucapan. Lantas beliau mengucapkan puji-pujian kepada Allah dan berselawat kepada Nabi s.a.w kemudian beliau berkata: "Wahai sekalian umat manusia! Aku telah diuji untuk memegang tugas ini tanpa meminta pandangan daripada aku terlebih dahulu dan bukan juga permintaan daripada aku serta tidak dibincangkan bersama dengan umat Islam. Sekarang aku membatalkan baiah yang kamu berikan kepada aku dan pilihlah seorang Khalifah yang kamu reda. Tiba-tiba orang ramai serentak berkata: Kami telah memilih kamu wahai Amirul Mukminin dan kami juga reda kepada kamu. Oleh yang demikian perintahlah kami dengan kebaikan dan keberkatan. Lalu beliau berpesan kepada orang ramai supaya bertakwa, zuhud kepada kekayaan dunia dan mendorong mereka supaya cintakan akhirat kemudian beliau berkata pula kepada mereka: "Wahai sekalian umat manusia! Sesiapa yang taat kepada Allah, dia wajib ditaati dan sesiapa yang tidak taat kepada Allah, dia tidak wajib ditaati oleh sesiapapun. Wahai sekalian umat manusia! Taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah di dalam memimpin kamu dan sekiranya aku tidak taat kepada Allah, janganlah sesiapa mentaati aku". Setelah itu beliau turun dari mimbar.

Peristiwa yang berlaku di antara beliau dengan anak beliau semasa memegang teraju pemerintahan:

Umar pulang ke rumah kemudian beliau masuk ke tempat tidurnya. Sebelum sempat beliau membaringkan badan, tiba-tiba anaknya Abdul Malik masuk berjumpa dengan beliau. Pada masa tersebut anak beliau berumur 17, kemudian anak beliau berkata: "Apakah yang kamu ingin lakukan wahai Amirul Mukminin?" Lalu Umar menjawab: "Anakku! Aku ingin menghilangkan kepenatan seketika kerana aku terasa terlalu letih." Selepas itu Abdul Malik berkata: "Kamu ingin menghilangkan kepenatan sebelum kamu mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya, wahai Amirul Mukminin?" Lantas Umar menjawab: "Anakku! Kelmarin aku telah berjaga malam untuk menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan bapa saudara kamu, Sulaiman, nanti apabila tiba waktu Zuhur, aku akan mendirikan sembahyang bersama-sama dengan orang ramai dan Insya Allah aku akan mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya." Seterusnya Abdul Malik berkata lagi: "Siapakah yang dapat menjamin bahawa kamu akan terus hidup sehingga ke waktu Zuhur, wahai Amirul Mukminin?!" Mendengar kata-kata tersebut Umar terus bangkit lalu beliau cium dan peluk anaknya kemudian beliau berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah melahirkan seorang anak dari tulang salbi aku yang boleh membantu aku di dalam perkara agama aku." Setelah itu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai dengan berkata: "Sesiapa yang barang-barang mereka pernah diambil secara zalim, sila laporkan." Kemudian Umar mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya"

Keadilan beliau:

Umar rahimahullah pernah menghimpunkan sekumpulan ahli fekah dan ulama kemudian beliau berkata kepada mereka: "Aku menghimpunkan kamu semua untuk bertanya pendapat tentang perkara yang berkaitan dengan barangan yang diambil secara zalim yang masih berada bersama-sama dengan keluarga aku?" Lalu mereka menjawab: "Wahai Amirul Mukminin! perkara tersebut berlaku bukan pada masa pemerintahan kamu dan dosa kezaliman tersebut ditanggung oleh orang yang mencerobohnya." Walau bagaimanapun Umar tidak puas hati dengan jawapan tersebut sebaliknya beliau menerima pendapat daripada kumpulan yang lain termasuk anak beliau sendiri Abdul Malik yang berkata kepada beliau: "Aku berpendapat bahawa ia hendaklah dikembalikan kepada pemilik asalnya selagi kamu mengetahuinya. Sekiranya kamu tidak mengembalikannya, kamu akan menanggung dosa bersama-sama dengan orang yang mengambilnya secara zalim." Umar berpuas hati mendengar pendapat tersebut lalu beliau mengembalikan semula barangan yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya.

Kematian beliau:

Pemerintahan beliau hanya berjalan selama beberapa ketika iaitu tidak melebihi dua tahun setengah sahaja. Kemudian beliau meninggal dunia dan kembali kepada Tuhannya dalam keadaan berlaku adil kepada rakyatnya dengan menjalankan pemerintahan sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.  Wallahu'alam...


natijahnya:
sama-samalah kita renungi kisah khalifah ini...